Wednesday, August 10, 2011

Ermmm.....hurmmmm

Assalamualaikum...

Ahhhhh kejap aje rasanya masa berlalu, dah pun 10 hari berpuasa dan malam ni masuk malam ke 11 Ramadhan dan bertarawih...

Terasa kerugian melanda diri sebab tak dapat nak 'mengaut' segala macam keberkatan dan pahala yang hadir dengan bulan yang penuh hikmah ni. 'Mengaut'... Macam tamak sangat bunyiknya kan? Macam peniaga yang berniaga dalam bulan Ramadhan ni dengan hanya tujuannya mengaut keuntungan, terutamanya untung berlebihan yang tidak berpatutan... Tapi dua perkara ni amat berbeza sekali. Bagi diriku kalau tamak dalam hal ni sepenuhnya pun tak mengapa, asalkan penuh keikhlasan dan tawadhuk...sebab setiap yang kita usahaka itu akan kembali kepada kita... So kalau usahakan yang baik, baik lah kita dapat dan begitu juga sebaliknya... Ingat juga kerana tak tentu umur kita cukup panjang untuk mendapat lambaian Ramadhan pada tahun hadapan...

Papepun malam ni akan bermula fasa kedua Bulan Ramadhan pada kali ini...kepada yang terlupa atau tak tahu fasa-fasa ni...ni untuk kita semua..
Fasa pertama adalah rahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka.

So 'sesamalah' kita mengaut dalam erti kata memperbanyakkan ibadah kepadaNya dengan tulus ikhlas serta tawadhuk...

No comments: